NuffNang

zz

Social Media Exchange Website - Likenation

Tuesday, 29 April 2014

Trip ke China :)

heee~next month pg ke china,sebelum sambung belajar kat UITM....nak habiskan masa pg tempat orang.so,destinasi kali ni ke chengdu.manager kata best pg sana.just try dulu,macam mana tempat sana.tapi manager ada bgtau,kalau nak kesana,hati2 sikit ngan penyeluk saku.sebab kerap sangat berlaku kecurian.Sebab2 nak ke chengdu??tengok panda la.dengar kata,panda jinak je.macam best.
Percutian kali ni percutian peribadi.sebab trip family kali ni kat pulau pangkor.selalu pergi sana time duduk perak dulu.rasa cam tak best lak.so,mak ayah bg duit untuk melancong sendiri.total pg balik RM1176.00.SELAMAT DATANG KE PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM.hehehe,chengdu,im coming :)




Tuesday, 15 April 2014

Ada dan tiada

Setiap kali kumelihatmu
Ku selalu terasa dihati
Kau yang mempunyai segala-galanya
Apa yang aku impikan selama ini...
Anganku tidak pernah terhenti disini
Selalu ku bersajak tentang bayangmu
Walaupun kau pernah mengangap aku tidak pernah ada
Dan tak pernah ada....
Dan ku merasa,aku tidak mampu menggapaimu
Walaupun sudah letih
Segalanya ku anggap sebagai mimpi
Takkan sekali - kali menjadi nyata
Dan segala-galanya tentang rasa buatmu
Harus ku padam dan mengakhiri mimpi ini
Kerana ku selalu
Selalu....merasai kehadiranmu
kerana ku pasti,cinta kita antara ada dan tiada

"Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat."


Sunday, 13 April 2014

Itu yang mampu

Tengok wajah dia,hati ini gembira.
Hanya tengok gambar dia sahaja,hati ini bahagia.
walaupun hati sidia bukan milikku,
walaupun hati ini bukan milik sidia,
cukuplah memberiku perasaan ini.
Cukuplah memberi ruang kepada hati ini untuk bahagia.
cukuplah sekadar aku sahaja yang nampak sidia,
walaupun dia tidak menghiraukan,
walaupun dia tidak nampak diriku.
Cukuplah aku yang tahu.
Yang diriku hanya "sweet stalker" :')

"Cinta Sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,dan kamumasih mampu tersenyum sambil berkata : aku turut bahagia untukmu"

-Nukilan Si Sepet-






Tuesday, 1 April 2014

Dia Bila Tiada

Dia selalu datang bila kita senang,
Dia tinggalkan kita bila dalam kesusahan,
Kalau berjanji sehidup semati pun dia lah orangnya yang berani berjanji,
Bila dia lihat kita nak berjaya sekalipun,dialah orangnya yang akan cuba untuk jatuhkan kita,
Bila kita jatuh,dialah orangnya yang memandang kita hanya sebelah mata,
Kalau kita bahagia,dia dekat2kan diri,
Bila kita menderita,mata,telinga dan mulut semua dia tutup,anggap benda tu tak pernah dia tahu,
Kalau ada yang terbaik untuk dia,kita usahakan sampai dapat,
Tapi bila dah dapat,dia lupakan kita.
Bila dia da mula lupakan kita,dialah orang yang beranggapan bahawa semua tu dari penat lelah dia.
Sedangkan dia lupa siapa yang banyak membantu dia,
Bukan niat mengungkit,cuma sekadar sangsi dengan apa yang dia rasa.
Dia kata kita kejam,tapi siapa punca kekejaman ni.
Dia putuskan dengan cara kurang baik,
Cuma redha lah dengan pengakhiran yang kurang baik,
Tak perlu mengungkit kisah lama,sebab kisah lama tu semua benda yang baik untuk orang yang terbaik,
Tapi,apa yang dapat.Cuma penuh kehampaan di kendian hari.
Hidup kita umpama cermin dan jangan lupa,semua tu akan berbalik kepada kita.
Sekarang,tanpa dia pun.Boleh je berjaya.
Cuma perlu bina balik hidup ni.
Mula dari bawah,cuba untuk keatas.
Siapa cakap kalau orang da putus asa ni,akan gagal dalam hidup.
Usaha yang berterusan,boleh je.
Biar lambat,asalkan berjaya.

Tapi dalam masa yang sama.
Dia datang nak menyusahkan lagi hidup ni.
Tak tahu apa motif dia.
Cukup2lah buat insan lain menderita.

-Salam nukilan Si sepet-