NuffNang

zz

Social Media Exchange Website - Likenation

Saturday, 20 December 2014

Hanya Kau Segalanya

Bermusim sudah ku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran matamu
Menyatakan cintamu

Pancaran cinta kudakap di jiwa
Tak mungkin berubah kasihku
Walaupun dilanda cemburu
Hanyalah kau ku rindu

Cinta adalah satu keindahan
Andai disulam kasih dan sayang
Rindu adalah satu kenikmatan
Walaupun pahit
Pasrah ku telan...

Kupinta kejujuran mu
Mengubati resahku
Tak mungkin ku dilukai
Oleh janji....janji palsu
Andai hati dilukai tiada maaf ku beri
Biar aku bersendiri menanti kasih abadi

Sesungguhnya tiada dua
Cintaku hanyalah satu
Ku genggam ke akhir hayatku
Kerana kau segalanya... 




Saturday, 6 September 2014

Mencari kekurangan Dalam Bercinta

       Memang lumrah kita bercinta,tak lama pun.kadang2 terputus ditengah jalan.jangan mengeluh,cinta tu mungkin pergi buat sementara waktu.tak mustahil dia akan datang balik.walaupun masa berlalu pantas.mungkin ada yang bernasib baik,cinta tu datang dan pergi seperti angin.Tak perlu mencari cinta yang sempurna,cukuplah sekadar bercinta dalam kekurangan.Tuhan sentiasa menduga insan yang bersabar.Jangan risau.Cinta dalam kekurangan tu banyak manisnya.Kekurangan bukan lah bermaksud kita memperlekehkan.Ada baiknya bercinta dalam kekurangan.Perbaiki kekurangan itu boleh menjalinkan kasih sayang.Kenapa perlukan kesempurnaan.Andai kesempurnaan itu penuh dengan cacat cela.Bersyukurlah dengan apa yang ada,kerana cinta dalam kekurangan itu penuh dengan kemanisan kasih sayang :)


Saturday, 2 August 2014

Raya Raya Raya 2014

Tahun ni memang best,banyak betul pengalaman.

pengalaman pertama
 tak lain tak bukan sal drive dalam jammed la
tersekat dalam jammed kat ipoh je pun nak dekat 5 jam.tu tak sampai kedah lagi.
memang letih betul drive sehari sebelum raya lau balik kampung.
keluar pukul 6:30 pagi pun tetap sama.
ingatkan nak balik pagi2 sebab nak lari dari jammed.
tapi,sama je.sian tengok orang2 yang da lepas jammed tu.
terbongkang tidur kat hentian.
total jam perjalanan KL~KEDAH (kuala ketil) nak dekat 12 jam.

pengalaman kedua 

time malam sebelum raya.
jeng...jeng...jeng....
1st time wat lemang.hahaha.nasib menjadi.
lama gak rupanya nak tunggu lemang masak.
3 jam lebih gak la,berkat kesabaran tu la kot.
leh wat lemang jadi lemak,masak elok n tak da hangus.
3 pagi baru siap bakar lemang.
siap je bakar lemang,terus terbongkang tidur.
letih sangat2.

Raya pertama

raya pertama tak banyak berjalan.
lebihkan duduk rumah.
sebab ramai orang nak datang rumah raya pertama.
memang tak putus2 dari pagi sampai kepetang.
memang habes duit bagi budak2 duit raya.

Raya Kedua

Raya kedua baru la berjalan ngan family,
pergi umah kawan mak @k@ kawan baik adik @k@ bakal isteri naqiu :)
nama ehem ehem ehem
umur dia baru 20
anak polis lak tu.
mak da merisik,memang keluarga dia dah setuju
bertunang pun mungkin pas dia habes Diploma.

Raya Ketiga

Banyak beraya kat Kampung mak.
sebab 60% memang adik beradik mak yang terdekat.
raya sana,ada saudara belah mak panggil Pak Uda.
macam da tua je.
bila pergi umah saudara lain,
naqiu lak kena panggil paksu yang umur dia baru 14 tahun.hahahahaha.
muda2 da jadi paksu naqiu.

Raya keempat ~kelima

Banyak habiskan masak beraya kat rumah adik beradik belah ayah.
memang malas nak beraya kat rumah adik beradik ayah ni
sebab keluarga naqiu memang tak rapat dari kecil sampai besar.
memang buang masa
kalau leh tido,baik tido dari beraya rumah adik beradik belah ayah.
sebab ayah paksa je,kalau tak...
memang tak teringin langsung.seriously buang masa.
99% buang masa + 1 % bosan.
total memang serabai jumpa family belah ayah.
sepupu buat dakkkk lapan.

Raya keenam

kompem la da balik KL
Balik2 je terus masuk kerja n terus menaip karangan tentang Raya Raya Raya 2014

Wednesday, 16 July 2014

Tarikh Hari Ini

Naqiu masih ingat lagi tarikh 17.07.dan takkan pernah lupa tarikh ni.special buat awak,tapi sekarang dah tiada makna semuanya.harap awak bahagia dan semoga awak terus berjaya.saya tak pernah berdendam.saya lagi doakan awak bahagia.setelah apa yang awak buat kat saya selama ni.saya mampu tersenyum.dan masih tersenyum.

Happy Anniversary And Happy Birthday Nurul Zafirah Bt Mohd Isa.


Wednesday, 9 July 2014

Rindu Bila Ku membenci Dirinya

Sesudah terputus ikatan,

 Dan tertutup pintu harapan,mengapa harus berjumpa lagi???
sekdar melepakan rindu yang tak mengerti???
tidak perlu kau bercerita ... tentang dirimu yang sudah berpunya....
ku tahu kau bahagia bersamanya....
tidak perlu kau bercerita,tentang dirimu yang sudah berpunya....
Hapuskan saja kenangan cinta kita,meskipun antara kau dan aku masih merindu...

Tapi apalah gunanya semua itu,kerana semua itu lah penyebab deritaku dalam dada.



Saturday, 14 June 2014

Bila Tersayang meninggalkan kita.

Selalu tertanya2,kenapa orang yang kita sayang selalu tinggalkan kita.Sedangkan orang yang kita tak anggap apa2 lebih menyayangi kita.Sampai satu masa ,tertanya2 beribu soalan .Kenapa kita lebih mengejar apa yang kita sayang sedangkan ada insan lain lebih mengejar untuk disayangi.Rasa macam buta hati,tak nampak apa insan lain buat untuk kita sedangkan dia bersungguh2 untuk dapatkan perhatian.Kita pula,terhegeh2 mencari cinta yang tak pasti.Betul la ungkapan ni.Tuhan temukan kita dengan insan yang tak serasi dan salah supaya kita lebih banyak bersabar .


Tuesday, 20 May 2014

Mampu Bersabar ~~

Datang mimpi buruk lagi harini:(
Mimpi kali ni pernah berlaku ngan orang yang pernah disayangi.
Dan pernah mimpi tentang mimpi yang sama.
Memang betul,mimpi ni mainan tidur.
Tapi,mimpi ni juga penunjuk kebenaran.
Pernah termimpi tentang penipuan sidia.
Rupanya betul di alam nyata.
Mimpi ni naluri hidup.
Ohhh,baru tahu tentang dia selama ni.
Hanya dalam mimpi,rupa2nya betul sangkaan naqiu.
Naluri kuat,pernah sidia menipu.
Tapi naluri tak pernah menipu.
Naluri tak pernah berbohong.
Cukuplah sekadar peringatan selama ni.
Buat baik berpada2,buat jahat jangan sekali.
Terlebih buat baik pun salah,terlebih buat jahat pun salah.
Jadi,sebelum terkena.
Baik beringat,biar selamat sebelum terkena.
Selama ni,mampu je bersabar.
Sabar selagi mampu.
Rugi menyesal selepas terkena.

Cuma nak bagi peringatan : Jangan percaya cinta jarak jauh walaupun diberi kepercayaan.

I remember what you did to me, and I was still able to put up with what you do


Friday, 16 May 2014

Apa itu GST??

"saya ada tengok wartawan tv3 menemuramah secara rambang terhadap peserta perhimpunan membantah GST hari tu... soalan wartawan "Adakah anda tahu apa itu GST??? " kebanyakan peserta perhimpunan tersebut tidak tahu apakah GST... so, saya pun terfikir apa motif diorang ikut perhimpunan tu????? Mungkin ramai yang tak tahu lagi tentang GST, tapi ikut sahaja belakang orang..."
Persoalanya,apa itu GST?? 

GST itu ialah Isu dan Perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Apakah cara perlaksanaan nya ??

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada . Pada masa ini , cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional hotel dan restoran . GST didakwan sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus , dan efektif . Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukaitahunan untuk kerajaan . Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UITM berpendapat , GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara .

 Antara reaksi rakyat yang merasai kewujudan GST dan kebaikan GST.

  1. Anak sye bru keluar wad
    Sye g hospital kota tinggi
    Anak sye kne tahan 3 hari

    Bil tetulis perlu dibayar 5oo ringit
    Tapi dgn bantuan yg kerajaan bgi
    Sye perlu byr rm 11 ringgit sahaje
    Bersyukur lah dgn ape yg tlh dbrikn
    Mungkin 5oo ckup sikit bgi yg sng 
    Tpi bgi nelayan mcm sye iya ckup byak
    Tme ksh kpd kerajaan dan sye bersyukur kpd Allah amin.sahaje nak kongsi 
  2. Sya kerja nelayan,untunglah kita rakyat malaysia.dengan adanya GST.mcm2 kita dapat dari kerajaan.cma ada segelintir je yg x tahu nak menghargai

Sebenarnya GST ni ada kebaikan.Kalau takda...buat apa kerajaan laksanakan.fikir2kanlah.

Tak ramai yang tahu.kalau tanya yang pergi berhimpun tu pun.90% yang pergi perhimpunan bantah GST  tak tahu apa itu GST dan apa kebaikannya.renung2kanlah.


Tuesday, 6 May 2014

Masa Berlalu ~~

Arrrggghhh,cepat tol masa berlalu..banyak lagi kerja tak habis.Lusa da naik flight ke chengdu,persiapan pe semua tak wat lagi.Sok hantar baju2 pergi dobi je la pagi,petang collect.lusa terus bercuti.Memang masa berlalu cepat sangat.Hahaha,kawan tak tau pun.cuma cakap kat diorang balik kampung.Settlekan loan buyer beli kereta sok.leh la rilek da.


Tuesday, 29 April 2014

Trip ke China :)

heee~next month pg ke china,sebelum sambung belajar kat UITM....nak habiskan masa pg tempat orang.so,destinasi kali ni ke chengdu.manager kata best pg sana.just try dulu,macam mana tempat sana.tapi manager ada bgtau,kalau nak kesana,hati2 sikit ngan penyeluk saku.sebab kerap sangat berlaku kecurian.Sebab2 nak ke chengdu??tengok panda la.dengar kata,panda jinak je.macam best.
Percutian kali ni percutian peribadi.sebab trip family kali ni kat pulau pangkor.selalu pergi sana time duduk perak dulu.rasa cam tak best lak.so,mak ayah bg duit untuk melancong sendiri.total pg balik RM1176.00.SELAMAT DATANG KE PERCUTIAN 3 HARI 2 MALAM.hehehe,chengdu,im coming :)




Tuesday, 15 April 2014

Ada dan tiada

Setiap kali kumelihatmu
Ku selalu terasa dihati
Kau yang mempunyai segala-galanya
Apa yang aku impikan selama ini...
Anganku tidak pernah terhenti disini
Selalu ku bersajak tentang bayangmu
Walaupun kau pernah mengangap aku tidak pernah ada
Dan tak pernah ada....
Dan ku merasa,aku tidak mampu menggapaimu
Walaupun sudah letih
Segalanya ku anggap sebagai mimpi
Takkan sekali - kali menjadi nyata
Dan segala-galanya tentang rasa buatmu
Harus ku padam dan mengakhiri mimpi ini
Kerana ku selalu
Selalu....merasai kehadiranmu
kerana ku pasti,cinta kita antara ada dan tiada

"Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah, namun satu hal yang pasti, kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat."


Sunday, 13 April 2014

Itu yang mampu

Tengok wajah dia,hati ini gembira.
Hanya tengok gambar dia sahaja,hati ini bahagia.
walaupun hati sidia bukan milikku,
walaupun hati ini bukan milik sidia,
cukuplah memberiku perasaan ini.
Cukuplah memberi ruang kepada hati ini untuk bahagia.
cukuplah sekadar aku sahaja yang nampak sidia,
walaupun dia tidak menghiraukan,
walaupun dia tidak nampak diriku.
Cukuplah aku yang tahu.
Yang diriku hanya "sweet stalker" :')

"Cinta Sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,dan kamumasih mampu tersenyum sambil berkata : aku turut bahagia untukmu"

-Nukilan Si Sepet-






Tuesday, 1 April 2014

Dia Bila Tiada

Dia selalu datang bila kita senang,
Dia tinggalkan kita bila dalam kesusahan,
Kalau berjanji sehidup semati pun dia lah orangnya yang berani berjanji,
Bila dia lihat kita nak berjaya sekalipun,dialah orangnya yang akan cuba untuk jatuhkan kita,
Bila kita jatuh,dialah orangnya yang memandang kita hanya sebelah mata,
Kalau kita bahagia,dia dekat2kan diri,
Bila kita menderita,mata,telinga dan mulut semua dia tutup,anggap benda tu tak pernah dia tahu,
Kalau ada yang terbaik untuk dia,kita usahakan sampai dapat,
Tapi bila dah dapat,dia lupakan kita.
Bila dia da mula lupakan kita,dialah orang yang beranggapan bahawa semua tu dari penat lelah dia.
Sedangkan dia lupa siapa yang banyak membantu dia,
Bukan niat mengungkit,cuma sekadar sangsi dengan apa yang dia rasa.
Dia kata kita kejam,tapi siapa punca kekejaman ni.
Dia putuskan dengan cara kurang baik,
Cuma redha lah dengan pengakhiran yang kurang baik,
Tak perlu mengungkit kisah lama,sebab kisah lama tu semua benda yang baik untuk orang yang terbaik,
Tapi,apa yang dapat.Cuma penuh kehampaan di kendian hari.
Hidup kita umpama cermin dan jangan lupa,semua tu akan berbalik kepada kita.
Sekarang,tanpa dia pun.Boleh je berjaya.
Cuma perlu bina balik hidup ni.
Mula dari bawah,cuba untuk keatas.
Siapa cakap kalau orang da putus asa ni,akan gagal dalam hidup.
Usaha yang berterusan,boleh je.
Biar lambat,asalkan berjaya.

Tapi dalam masa yang sama.
Dia datang nak menyusahkan lagi hidup ni.
Tak tahu apa motif dia.
Cukup2lah buat insan lain menderita.

-Salam nukilan Si sepet-



Saturday, 15 March 2014

Hampeh tol dia ni.

rupa2nya dia ni memang kaki curi nyer orang.muka nampak ensem.patot la motor kesayangan naqiu kena game idup2.ada kisah dia sebab apa dia game motor naqiu.waddepak tol,kan da mencarut.terbaca kat page fb Senarai Penipu Online Malaysia Details[Scammer].ni la wajah dia.

dan ni motor kesayangan naqiu

rasa sedih,tapi nak wat camne.sabar je la.

ni lak story pompuan mangsa dak laki tu

Untuk pengetahuan saya mengenali dia dari 31 Mei 2008. Selama berkawan memang saya yang bagi duit kerana sepanjang kami berkawan, dia memang tak pernah sekali pun bekerja. Sepanjang berkawan banyak kali juga dia kantoi banyak bermesej dengan perempuan lain tapi malas nak bergaduh punya pasal so saya diam je la. Sepanjang hampir 4 tahun lebih berkawan dah banyak duit saya habis dekat dia. Kalau nak dikira mungkin mencecah puluhan ribu ringgit sebab kalu keluar pun memang saya je yang bayar. Bila fikir balik saya akui saya memang bodoh sebab percaya sangat kat lelaki macam nie (should call him as jantan actually). Sehinggalah pada awal tahun 2011, dia tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita selama hampir 3 bulan dan muncul kembali pada bulan April 2011. Dia berjumpa saya dan menyatakan sebab kehilangannya adalah kerana ada urusan kecemasan di kampung (Muar, Johor). Saya dah mula tak percayakan dia. Tambahan pula, dia ada memberitahu ingin berehat selama 3 hingga 4 bulan di kampung pada hujung tahun(sebab dia ni jenis tak suka duduk lama-lama di kampung). Sehinggalah sekitar bulan Jun 2011 dia tiba-tiba memberitahu yang motosikal dia Yamaha 125 telah dicuri dan telah meminjam wang saya sebanyak RM6000 dan berjanji akan memulangkannya secepat mungkin(nak buat beli motor baru). Disebabkan terlalu percayakannya saya telah memberikan dia wang itu dengan harapan dia akan bayar balik hutang tersebut. Namun, takdir Tuhan memang tak dijangka. Ibu saya telah terjumpa dengan pakcik lelaki tersebut di sekolah dan pakcik dia telah memberitahu bahawa lelaki tersebut telah bertunang pada awal tahun 2011 (yes, pada masa dia menghilangkan diri selama hampir 3 bulan. Untuk pengetahuan rumah pakcik lelaki tu kat depan rumah saya je). Saye terus meminta supaya dia jangan menghubungi saya lagi dan meminta dia menjelaskan hutang dia kepada saya dengan kadar segera. Dia memberikan alasan tidak bekerja dan tidak mempunyai duit. Semenjak itu saya tak berjumpa lagi dia, dan hanya mengetahui dia akan berkahwin pada 10.11.12. Melalui maklumat dari informer, saya berjaya mendapat nombor telefon tunang lelaki itu dengan harapan untuk meminta kembali wang RM6000 saya sebab lelaki tu dah tak dapat dihubungi laki(tak nak bayar hutang la tu). Tapi saya pula yang dimarahi oleh perempuan tersebut coz dia ingat saya nak menganggu tunang dia(ambil la, aku pun tak nak jantan camtu). Since then, saya tidak dapat menghubungi dia. Cuma pada tahun 2012 ada sekali saya terserempak dengan dia berhampiran kawasan rumah saya pada waktu tengahari (tu pun dia terkejut Nampak saya sebab mesti dia ingat masa tu saya kat ofis). Saya pun terus mintak hutang saya. And what funny is, instead of paying my money, dia boleh lak nak memburukkan isteri dia depan saya (like seriously??? Ade jugak orang mcm ni wujud kat muka bumi nie). After that, saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis sebab macam susah sangat je nak minta dia bayar wang tersebut. Dengan report tu, saya terus ke pejabat peguam untuk buka kerta siasatan( tapi tau je la, berurusan dengan peguam ni kadang-kadang makan masa bertahun). Saya nie kalau ikutkan boleh je nak pergi menyerang wife dia since wife dia pun tak nak bagi kerjasama sebab saya memang tak de punca nak cari kat mana lelaki tu. And for your info, saya tahu alamat kampung lelaki tu and rumah mentua dia pun dalam kawasan rumah saya je. Tapi tu la saya nie malas nak bertekak dengan family dia sebab family dia pun sama je perangai dengan dia. Apa-apa pun, mesti lelaki tu yang betul. Kalau tak ingat Tuhan dah lama saya bomohkan je jantan tu sebab sakit sangat hati nie. Kalau nak cerita detail pasal dia ni, memang boleh buat novel cerita saya nie. Saya share ni pun untuk peringatan wanita-wanita di luar sana. TOLONG JAUHI lelaki nie sebab dia nie memang seorang yang sangat pandai memutar belit percakapan. Apa yang dia cakap memang tak boleh pakai. Dia ni tahu minta duit perempuan je. Saya percaya sampai sekarang pun dia still berperangai macam tu. (Nie jugak last usaha saya untuk mendapatkan kembali wang saya tu).

so,sape2 yang nak kenal dia tu,fikir la 2~3 ribu kali.(ribu tau).so,hati2 lah bg pompuan kat luar sana tu.baik menyesal dulu sebelum terkena,kalau dah kena nak nyesal.meh naqiu tolong kesiankan dengan lambung kat lombong.baru la best :)

-------Salam mencari ilham-------

Wednesday, 12 March 2014

Mula dari awal

Lama Betol x belek2 e-book coding n code2 dia.arini baru nak study balik.arrrrggghhh,pening.




Tengok je balik code ni.mata da berpinar2,belum masuk javascript lagi,XML lagi,server side(SQL,PHP,ASP).x pe la,terpaksa study,tajamkan balik otak2 ni.hahaha.


-----salam Mencari Ilham-----

Monday, 3 March 2014

Cinta?? hmmmmm...

Hahaha,tadi ada jumpa classmate 5 sains .ntah camne dia leh lepas ke KL.x silap,dia belajar kat p.pinang.banyak gak la perbualan ngan dia,dalam banyak2 tu.1 je soalan dia yang naqiu berminat.bab cinta la,dia ada tanya . "How about ur love??",tercengang jap.nak x nak,straight to the point.kata da x da cinta2 ni.mula2,cerita dari A ke B je.malas nak panjang2kan cerita.tapi dia macam tak puas hati ngan cerita pendek tu.nak tak nak,kena gak cerita dari A ke Z.bila dia tahu bab sebenar,dia mula la kaku sekejap.dia tertarik bab "pemurah".maksud naqiu,selalu bagi muka kat pompuan.dia cakap la,"ajar sangat duk bagi benda n duit kat pompuan".ek,naqiu pelik jap,nape dia cm serius je.bila sembang punya sembang..baru dia bagitaw.rupa2nya,dia pernah alami nasib yang sama.habes kan duit kat makwe,beli itu,beli ini.last2,hampeh.apa pun x da.kawin???jauh kelaut.sama la macam naqiu,bila da lama.macam2 dia persoal kan.1st,tentang kerja.cakap itu cakap ini.belakang curang gak.kantoi je,tetiba melenting.sabar selagi mampu.2nd,dia mintak itu ini.macam2 la.sampai naqiu x focus nak gunakan duit untuk kolej lepas.habes kena sebat ngan dia(realiti untuk pengetahuan orang awam).3rd,bila dia cakap itu ini.mesti dia nak menang.tak kisah la apa pun.mesti nak menang.lastly,dia makin x hormat kita ataupun keluarga kita.macam naqiu dulu.bila beli kereta,kadang2 malas nak lalu jalan jammed pe semua,tinggal je la kete kat umah.naik motor cam biasa.then,ada hari tu,dia persoalkan hak kereta tu.sedangkan x pakai duit dia satu sen pun.akak pakai kete naqiu sebab kereta dia rosak,pokok hempap 1/2 body kereta.mmg x leh claim sebab bencana alam.dia x bagi akak pakai,alasan x nak kete kotor la,anak buah tumpahkan air la n benda2 yang nyakitkan hati.siapa dia untuk cakap camtu.sampai satu masa,akak terbaca chat dia ngan naqiu kat ipad.dia lupa logout fb kat ipad naqiu.mungkin tuhan nak tunjukkan perangai sebenar dia......sebab tu la banyak naqiu lalui.biarpun masa berlalu.rasa benda tu macam baru semalam terjadi.terfikir menyesal n dot dot dot.tp,benda da lepas.redha je dengan ketentuan ilahi.then,kawan ada cakap....bila lagi nak cari pengganti....hahahaha...mmg x de la....tunggu la nanti...bila da ready rumah,kete lain,keje tetap....baru la cari lain....mungkin pas sambung belajar...petronas ada kol untuk tawaran belajar kos oil & gas...ngah fikir gak...nak masuk UM ke,UiTM ke atau amek bahagian oil & gas ni....yang mana dapat,naqiu grab je la....mak pun da bising...sekarang ni,mak nak tanggung perbelanjaan belajar...alhamdulillah...sebab mak x nak jadi cam kolej aritu,dengan kebetulan mak pun da taw naqiu da x da makwe....sebab tu dia support... bab cinta2 ni,malas nak fikirkan lagi,buang masa dan x da faedah....so,berhati2lah cari kekasih....nampak idah dipermulaan cinta...nampak goyah dikemudian hari.....x bagus pun cerita keburukan orang,cuma naqiu nak orang2 lain beringat...


......SALAM MENCARI ILHAM.......


Saturday, 1 March 2014

"The Khayalan" Perjalanan Masih Belum Terhenti

Selalu terasa seperti "terpancar sejalur cahaya" dalam hidup ni.biar pun sederhana,tapi cukuplah sekadar "bak gemilang samarinda".biarpun sejalur,cukuplah sekadar "memukau mata hati ini seketika".Kadang2,"lamunanku tersentak" dengan keindahan dunia."Lalu ku mendongak",mencari jalur2 cahaya yang lain.Sampaikan diriku terasa "gemuruh rasa" dan membuatku "terpaku sukma".Rasanya seperti "terkena lontaran senyuman misteri"."Siapakah gerangan sang puteri"???terpukau,terlena......Sampaikan suatu masa,diriku kurasakan seperti "mengalung cinta dileherku".Aku cuba berlari,"dan terus berlari",cukuplah sekadar pengalaman lepas mengajarku erti kesabaran.Aku cuba mencari bayangnya,dan "aku cuba menangkap bayang-banyangnya".Cuma diantara tidur dan jagaku,"diantara kembang seroja tasik cinta".Cuma bukan diriku sangat bertuah,"tapi malangnya jatuh kelembah".lembah yang "berduri dan sepi".Mungkin cuma khayalanku,yang cuma"puteri seroja pasti cintakan persia" dan mungkin diriku tidak bertuah dan "takkan bersua"dengannya.


Sunday, 9 February 2014

"SIHAT??" errr????






ada la 2~3 lepas dapat mcj text dari ex. "sihat?" .memang ringkas.motif???hahaha,kalau da kena buang.jangan ada la motif2 lain.sebab benda ni pernah berlaku dulu.ni last step,tak perlu pun nk ambil tahu tentang naqiu.....dan tak penting langsung .... lupakan je semua tu....cuma sekarang ada sikit2 perasaan excited nak belajar.minta2 la cepat sikit masa berlalu.takut tak dapat je.mak dah bising sebab tengok naqiu seronok kerja.



Sunday, 26 January 2014

[Ekslusif] JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini


 JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini | PESAN RASULULLAH SAW | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.




1.Wanita Ananah:

wanita yang banyak membebel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 


2.Wanita Mananah:

wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah:

melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini merunsingkan kepala lelaki. Apa yang dilihat semua dia inginkan. Dia juga suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Bebelanya itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan tukang bebel saja. 

Monday, 6 January 2014

Rasanya perlu atur balik hidup ni.





pas hampir sehari memikir,ni la keputusan naqiu.naqiu sambung study balik.3 tahun je.sabar je la.x lama pun,pejam celik,pejam celik da 3 tahun.semoga berjaya.alhamdulillah.bab KLMU tu.harap2,x de la student2 yg bercita2 nk blajar kat sana.9/10 pelajar sana susah nak lulus,bukan apa.banyak keluarkan duit dari banyak kerahkan ilmu.so,naqiu da wat keputusan,naqiu amek sains komputer.kat uitm kowt.nak tahu cerita selanjutnya,kena la tunggu bulan 4 ni.hope dapat la.









Sunyi


Jalan raya terlampau sunyi,Untuk aku terus bermimpi,Mataku belum mengantuk lagi,Bawalah ke mana sahaja kupergi.

Tunjukkan aku bulan gerhana,Tiada siapa nak ku jumpa,Pendirianku tiada kusangka ada,Oh tak mengapa.


Malam semalam gundah gulana,Hari ini hari mulia,Tak pernah daku rasa begini,Seperti mati hidup kembali.
Bawa kuhilang dari ingatan,Hari ini sehingga esok,Tak pernah daku rasa begini,Seperti mati hidup kembali.

Agar sepenuh dengan pendirian,Kucapai sebelah tangan





Sebalik awan ada cahaya,Bercahayalah selamanya




Daku tertawa seorang diri,Darah yang mengalir terhenti,Fikiranku melayang-layang,Tiada siapa yang perasan.




Seperti mati hidup kembali

Wednesday, 1 January 2014

CintaKu DiperMainkan

Tidak kah engkau tahu sayang
Betapa ku sayang padamu
Kerna kau insan yang ku cinta
Untuk selama lamanya

Tapi disebaliknya apa
Yang kau berikan pada ku
Kasih dan sayang ku tiada
Pilunya di hatiku ..

Kini kau berubah
Kau tak seperti dulu
Mengapa sayang mengapa
Engkau jadi begini ..

Kini aku menyesal menyintaimu
Kerna cintaku dipermainkan
Secukup cukupnya..

Hampalah diriku dalam percintaan
Kau membuat ku tidak mahu cinta lagi sayang..

Mengapa engkau permainkan
Cinta yang sudah kita bina
Kini kalau tak sayang lagi
Berterus terang padaku

Jangan lah engkau menyeksaku
Tak sanggup lagi ku menanggung
Dugaan cinta yang ku beri
Terhadap diriku
Sakitnya hatiku
Sampainya hatimu..
Kau tidak melayan diriku
Seperti dahulu ..

Cuba kau rasa kan lah apa yang ku rasa
Kini pasti kau juga akan
Menyesali cintaku ini..

Kini airmata pun mula mengalir
Engkau maseh belum berubah rubah
Engkau tetap sama..

Kini aku meminta maaf
Kerna hatiku dah tertutup
Untuk dirimu oh sayang..

Lepaskan aku ..
Bebaskan aku ..
Pergila sayang..
Jangan kembali lagi .. oh woho