NuffNang

zz

Social Media Exchange Website - Likenation

Saturday, 15 March 2014

Hampeh tol dia ni.

rupa2nya dia ni memang kaki curi nyer orang.muka nampak ensem.patot la motor kesayangan naqiu kena game idup2.ada kisah dia sebab apa dia game motor naqiu.waddepak tol,kan da mencarut.terbaca kat page fb Senarai Penipu Online Malaysia Details[Scammer].ni la wajah dia.

dan ni motor kesayangan naqiu

rasa sedih,tapi nak wat camne.sabar je la.

ni lak story pompuan mangsa dak laki tu

Untuk pengetahuan saya mengenali dia dari 31 Mei 2008. Selama berkawan memang saya yang bagi duit kerana sepanjang kami berkawan, dia memang tak pernah sekali pun bekerja. Sepanjang berkawan banyak kali juga dia kantoi banyak bermesej dengan perempuan lain tapi malas nak bergaduh punya pasal so saya diam je la. Sepanjang hampir 4 tahun lebih berkawan dah banyak duit saya habis dekat dia. Kalau nak dikira mungkin mencecah puluhan ribu ringgit sebab kalu keluar pun memang saya je yang bayar. Bila fikir balik saya akui saya memang bodoh sebab percaya sangat kat lelaki macam nie (should call him as jantan actually). Sehinggalah pada awal tahun 2011, dia tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita selama hampir 3 bulan dan muncul kembali pada bulan April 2011. Dia berjumpa saya dan menyatakan sebab kehilangannya adalah kerana ada urusan kecemasan di kampung (Muar, Johor). Saya dah mula tak percayakan dia. Tambahan pula, dia ada memberitahu ingin berehat selama 3 hingga 4 bulan di kampung pada hujung tahun(sebab dia ni jenis tak suka duduk lama-lama di kampung). Sehinggalah sekitar bulan Jun 2011 dia tiba-tiba memberitahu yang motosikal dia Yamaha 125 telah dicuri dan telah meminjam wang saya sebanyak RM6000 dan berjanji akan memulangkannya secepat mungkin(nak buat beli motor baru). Disebabkan terlalu percayakannya saya telah memberikan dia wang itu dengan harapan dia akan bayar balik hutang tersebut. Namun, takdir Tuhan memang tak dijangka. Ibu saya telah terjumpa dengan pakcik lelaki tersebut di sekolah dan pakcik dia telah memberitahu bahawa lelaki tersebut telah bertunang pada awal tahun 2011 (yes, pada masa dia menghilangkan diri selama hampir 3 bulan. Untuk pengetahuan rumah pakcik lelaki tu kat depan rumah saya je). Saye terus meminta supaya dia jangan menghubungi saya lagi dan meminta dia menjelaskan hutang dia kepada saya dengan kadar segera. Dia memberikan alasan tidak bekerja dan tidak mempunyai duit. Semenjak itu saya tak berjumpa lagi dia, dan hanya mengetahui dia akan berkahwin pada 10.11.12. Melalui maklumat dari informer, saya berjaya mendapat nombor telefon tunang lelaki itu dengan harapan untuk meminta kembali wang RM6000 saya sebab lelaki tu dah tak dapat dihubungi laki(tak nak bayar hutang la tu). Tapi saya pula yang dimarahi oleh perempuan tersebut coz dia ingat saya nak menganggu tunang dia(ambil la, aku pun tak nak jantan camtu). Since then, saya tidak dapat menghubungi dia. Cuma pada tahun 2012 ada sekali saya terserempak dengan dia berhampiran kawasan rumah saya pada waktu tengahari (tu pun dia terkejut Nampak saya sebab mesti dia ingat masa tu saya kat ofis). Saya pun terus mintak hutang saya. And what funny is, instead of paying my money, dia boleh lak nak memburukkan isteri dia depan saya (like seriously??? Ade jugak orang mcm ni wujud kat muka bumi nie). After that, saya terus ke balai polis untuk membuat laporan polis sebab macam susah sangat je nak minta dia bayar wang tersebut. Dengan report tu, saya terus ke pejabat peguam untuk buka kerta siasatan( tapi tau je la, berurusan dengan peguam ni kadang-kadang makan masa bertahun). Saya nie kalau ikutkan boleh je nak pergi menyerang wife dia since wife dia pun tak nak bagi kerjasama sebab saya memang tak de punca nak cari kat mana lelaki tu. And for your info, saya tahu alamat kampung lelaki tu and rumah mentua dia pun dalam kawasan rumah saya je. Tapi tu la saya nie malas nak bertekak dengan family dia sebab family dia pun sama je perangai dengan dia. Apa-apa pun, mesti lelaki tu yang betul. Kalau tak ingat Tuhan dah lama saya bomohkan je jantan tu sebab sakit sangat hati nie. Kalau nak cerita detail pasal dia ni, memang boleh buat novel cerita saya nie. Saya share ni pun untuk peringatan wanita-wanita di luar sana. TOLONG JAUHI lelaki nie sebab dia nie memang seorang yang sangat pandai memutar belit percakapan. Apa yang dia cakap memang tak boleh pakai. Dia ni tahu minta duit perempuan je. Saya percaya sampai sekarang pun dia still berperangai macam tu. (Nie jugak last usaha saya untuk mendapatkan kembali wang saya tu).

so,sape2 yang nak kenal dia tu,fikir la 2~3 ribu kali.(ribu tau).so,hati2 lah bg pompuan kat luar sana tu.baik menyesal dulu sebelum terkena,kalau dah kena nak nyesal.meh naqiu tolong kesiankan dengan lambung kat lombong.baru la best :)

-------Salam mencari ilham-------

Wednesday, 12 March 2014

Mula dari awal

Lama Betol x belek2 e-book coding n code2 dia.arini baru nak study balik.arrrrggghhh,pening.




Tengok je balik code ni.mata da berpinar2,belum masuk javascript lagi,XML lagi,server side(SQL,PHP,ASP).x pe la,terpaksa study,tajamkan balik otak2 ni.hahaha.


-----salam Mencari Ilham-----

Monday, 3 March 2014

Cinta?? hmmmmm...

Hahaha,tadi ada jumpa classmate 5 sains .ntah camne dia leh lepas ke KL.x silap,dia belajar kat p.pinang.banyak gak la perbualan ngan dia,dalam banyak2 tu.1 je soalan dia yang naqiu berminat.bab cinta la,dia ada tanya . "How about ur love??",tercengang jap.nak x nak,straight to the point.kata da x da cinta2 ni.mula2,cerita dari A ke B je.malas nak panjang2kan cerita.tapi dia macam tak puas hati ngan cerita pendek tu.nak tak nak,kena gak cerita dari A ke Z.bila dia tahu bab sebenar,dia mula la kaku sekejap.dia tertarik bab "pemurah".maksud naqiu,selalu bagi muka kat pompuan.dia cakap la,"ajar sangat duk bagi benda n duit kat pompuan".ek,naqiu pelik jap,nape dia cm serius je.bila sembang punya sembang..baru dia bagitaw.rupa2nya,dia pernah alami nasib yang sama.habes kan duit kat makwe,beli itu,beli ini.last2,hampeh.apa pun x da.kawin???jauh kelaut.sama la macam naqiu,bila da lama.macam2 dia persoal kan.1st,tentang kerja.cakap itu cakap ini.belakang curang gak.kantoi je,tetiba melenting.sabar selagi mampu.2nd,dia mintak itu ini.macam2 la.sampai naqiu x focus nak gunakan duit untuk kolej lepas.habes kena sebat ngan dia(realiti untuk pengetahuan orang awam).3rd,bila dia cakap itu ini.mesti dia nak menang.tak kisah la apa pun.mesti nak menang.lastly,dia makin x hormat kita ataupun keluarga kita.macam naqiu dulu.bila beli kereta,kadang2 malas nak lalu jalan jammed pe semua,tinggal je la kete kat umah.naik motor cam biasa.then,ada hari tu,dia persoalkan hak kereta tu.sedangkan x pakai duit dia satu sen pun.akak pakai kete naqiu sebab kereta dia rosak,pokok hempap 1/2 body kereta.mmg x leh claim sebab bencana alam.dia x bagi akak pakai,alasan x nak kete kotor la,anak buah tumpahkan air la n benda2 yang nyakitkan hati.siapa dia untuk cakap camtu.sampai satu masa,akak terbaca chat dia ngan naqiu kat ipad.dia lupa logout fb kat ipad naqiu.mungkin tuhan nak tunjukkan perangai sebenar dia......sebab tu la banyak naqiu lalui.biarpun masa berlalu.rasa benda tu macam baru semalam terjadi.terfikir menyesal n dot dot dot.tp,benda da lepas.redha je dengan ketentuan ilahi.then,kawan ada cakap....bila lagi nak cari pengganti....hahahaha...mmg x de la....tunggu la nanti...bila da ready rumah,kete lain,keje tetap....baru la cari lain....mungkin pas sambung belajar...petronas ada kol untuk tawaran belajar kos oil & gas...ngah fikir gak...nak masuk UM ke,UiTM ke atau amek bahagian oil & gas ni....yang mana dapat,naqiu grab je la....mak pun da bising...sekarang ni,mak nak tanggung perbelanjaan belajar...alhamdulillah...sebab mak x nak jadi cam kolej aritu,dengan kebetulan mak pun da taw naqiu da x da makwe....sebab tu dia support... bab cinta2 ni,malas nak fikirkan lagi,buang masa dan x da faedah....so,berhati2lah cari kekasih....nampak idah dipermulaan cinta...nampak goyah dikemudian hari.....x bagus pun cerita keburukan orang,cuma naqiu nak orang2 lain beringat...


......SALAM MENCARI ILHAM.......


Saturday, 1 March 2014

"The Khayalan" Perjalanan Masih Belum Terhenti

Selalu terasa seperti "terpancar sejalur cahaya" dalam hidup ni.biar pun sederhana,tapi cukuplah sekadar "bak gemilang samarinda".biarpun sejalur,cukuplah sekadar "memukau mata hati ini seketika".Kadang2,"lamunanku tersentak" dengan keindahan dunia."Lalu ku mendongak",mencari jalur2 cahaya yang lain.Sampaikan diriku terasa "gemuruh rasa" dan membuatku "terpaku sukma".Rasanya seperti "terkena lontaran senyuman misteri"."Siapakah gerangan sang puteri"???terpukau,terlena......Sampaikan suatu masa,diriku kurasakan seperti "mengalung cinta dileherku".Aku cuba berlari,"dan terus berlari",cukuplah sekadar pengalaman lepas mengajarku erti kesabaran.Aku cuba mencari bayangnya,dan "aku cuba menangkap bayang-banyangnya".Cuma diantara tidur dan jagaku,"diantara kembang seroja tasik cinta".Cuma bukan diriku sangat bertuah,"tapi malangnya jatuh kelembah".lembah yang "berduri dan sepi".Mungkin cuma khayalanku,yang cuma"puteri seroja pasti cintakan persia" dan mungkin diriku tidak bertuah dan "takkan bersua"dengannya.