NuffNang

zz

Social Media Exchange Website - Likenation

Monday, 9 December 2013

Mungkin Ada Hikmahnya

Bulan lepas ada demam2 sikit,pas demam2 tu..batuk makin kuat.pernah sekali batuk sampai keluar darah.so,nak x nak terpaksa pg klinik.bila pg check dia kata x de pape.macam biasa je la.then 3 hari lepas ada panggilan dari pihak petronas.tentang batuk darah.rupa2nya ada kritikal,kalau teruskan kerja offshore tu.ada effect kat jantung.maknanya x kuat la kalau nak kerja nanti.pastu,dapat tawaran dari petronas.study kat UM(Universiti Malaya).nak x nak terpaksa jer terima.management kata,bila da ada sijil pe smua.leh terus jadi officer.kecewa,tapi dalam hati berkata2.sedih tu mmg la.mungkin ada hikmahnya.UM,tungguku datang. :)



Saturday, 5 October 2013

BUSY!!

tak taw nak kata apa.busy sangat2.da start training kat Petroliam ni.Memang takda masa.cam nak balik kg je :)

Thursday, 16 May 2013

Sempat lagi kowt berceloteh... :))

Sebelum nak naik kapal balik,ada pesanan dari naqiu.tentang percintaan.dari dulu,sampai sekarang...naqiu akan pegang kata2 ni "bila ada insan yang terbaik didepan kamu,maka jagalah dia sebagai mana dia berusaha menyintai kamu.tak perlu pandang kedepan,kiri,kanan atau belakang.Kerana insan yang berada didepan kamu itulah yang terbaik untuk kamu" . makna dia mendalam,bila berada dalam percintaan,naqiu dapat alaminya.bila da terlambat,anggaplah  tiada ungkapan 'menyesal' untuk diungkap.banyak naqiu lalui.firstly,perempuan akan mempersoalkan kerjaya.jangan sesekali anggap lelaki yang menyayangi wanita hanya ambil remeh.mereka (lelaki)sentiasa memikirkan kerjaya untuk masa depan orang yang disayang.tak perlulah tergesa2 dan memberi tekanan.second,perempuan akan anggap laki ni berputus asa.tetapi sebenarnya silap anggapan tu.naqiu pernah lalui.sampai wanita tu tinggal untuk pergi kat laki lain.bagi naqiu,tak da masalah pun.sebab semua tu jodoh.Tapi,akhirnya menyesal."terlajak kereta ada gear gostan,terlajak perahu????kena U turn???hahahah.Third,perempuan kompem2 nk sweet2.nk bunga la,kuar jenjalan la.bg naqiu,naqiu x macam tu.mak n ayah ada pesan."jangan dok bawak anak dara orang selalu,x manis dipandang orang.mulalah orang nk kutuk sana,kutuk sini.lama2 apa yang diorang kutuk tu jadi 1 doa" kan susah macam tu...hahahaha.tu je la.da x sempat da.salam dari naqiu....




Wednesday, 8 May 2013

Pesanan Tun Dr Mahathir

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retakm
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...




Yay!!

25 ni last keje,so,da prepare surat resign semua.hahaha..bye2 orange...


Thursday, 25 April 2013

Lagi Seminggu je lagi :)

Lagi seminggu je lagi nak tukar kerja . Semoga tuhan mudahkan perjalanan hidup naqiu.mungkin itulah sinar harapan naqiu selama ni.semua da settle,lesen maritim da bayar... agak mahal gak la RM4000.00 lebih.bab kete & ASB pown da prepare untuk bayar 6 bulan nya . Da lega da sekarang , cuma tunggu masa je lagi. :) . Total prepare bulan ni sekali lesen maritim da dekat RM7900.00.macam x caya je leh kumpul banyak tu dalam masa yang singkat . semoga lagi mudah perjalanan ni . Mungkin berkat doa makcik yang jual keropok lekor .Naqiu derma dia RM50.sebab kesian tengok makcik tu. ulang alik cari pembeli . Dengan kaki dia sakit .Pas derma je , makcik tu terus berdoa . mungkin berkat doa seorang ibu dan doa seorang emak . rasa terharu sangat2 . Apa2 pun , berusaha lagi .masih panjang jalan kat depan . Dengan faktor usia masih muda . Jadi , naqiu lagi excited .dpat merantau lagi :))




Tuesday, 16 April 2013

Doa Atas Dosa SilamKu ....

Ya Allah ya tuhanku,aku leka dengan duniamu,aku terpegun dengan duniamu,aku terlalai dengan duniamu.Banyak dosa2 ku selama ini.Kau ampunilah dosa kedua ibu bapa ku.kau ampunilah dosa2 ku ya Allah.Tiada tempat untuk mengadu melainkan kepadamu ya allah.Ku insafi segala duka dan dosa silamku.Ku tahu dunia ini palsu.Mencari keberkatan dari mu Ya Allah.Bukakanlah mata dan pintu hatiku.Oh tuhanku maha kuasa,terimalah taubat hamba mu yang berdosa.Ku akui kelemahan diri ini.Ku insafi kekurangan ini,Kukesali kejahilan ini.Ya Allah,terimalah....terimalah....terimalah taubat ku ini.Ya Allah ya tuhanku,aku telah merasakan derita jiwa dan perasaan.Aku tahu betapa peritnya bila diriku bukan disampingmu Ya Allah.Kerana...kerana diriku hilang dari jalan dan redha mu ya allah.Ya Allah ya tuhanku,aku bersyukur,bersyukur kepadamu.Tiap detik dan waktu.Aku selalu diuji olehmu Ya Allah.Aku hanya mampu tersenyum dan bersabar.Sesungguhnya,bersabar itu satu nilai murni.Ya Allah ya tuhanku yang maha penyayang lagi mengasihani.Kau berikanlah jodoh kepada ku,jodoh yang penyayang,jujur dalam kata kata dan sentiasa mendengar suruhanmu Ya Allah.Ya Allah ya tuhanku,kau berikanlah insan yang bernama Mohd Naqiuddin ini kesabaran.....Kesabaran yang akan sentiasa patumh kepadamu Ya A llah.Amin,Amin ya rabbal alamin.


Sunday, 14 April 2013

Fighting....Yeahh!!!

Hari dah berlalu,arrrgghhhh...x taw nk update apa...malu gak,update2 orang terbaca. T^T . hahaha,ada member cakap,update blog ni untuk pompuan.OMG,seriously.tak kesah la apa orang nk cakap.naqiu nk release tension.so,luahkan je kat dalam blog.harap2 x de orang baca .Skang ni pown ngah bosan,tak taw nk wat pe.duduk2 sambil menaip.fikirkan masa depan naqiu.Pasangan???belum masanya kowt.takot ganggu kerjayananti.ada kawan2 pun da cukup gembira.skang ni pun ngah kumpul harta.bila da ready & ada jodoh.time tu la da sampai masanya.wat masa skang.tumpukan kerjaya.sebabnya,dulu naqiu pernah dicabar tentang kerjaya ni.hahahah.sambut je cabaran.ada kawan2 yang support kat belakang....wat naqiu lagi bersemangat...and....hanna...thanks for support...sorry sal pizza tu...x taw nk balas budi cmne...so,bila terlintas awak nk pizza...saya terus hantar sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan semangat yang awak bg tu :) . so,masih ada jalan didepan....hahahaha...berusaha kedepan :)..


Tuesday, 9 April 2013

Aku-scandal-lyrics

123
Go...
Kan ku berikan semua,
Agar kau gembira sentiasa,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.
Jangan disimpan tiada rahsia,
Katakan saja ku terima,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.
Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.
Senyuman manis dibawa angin,
Ku tunggu dikau terasa dingin,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.
Jangan disimpan tiada rahsia,
Katakan saja ku terima,
Engkau tetap pergi,

Pergi meninggalkan ku sendiri.
Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri.
Let's go
Hu!
Lalalalalala...
Huhuhu...
Hahaha
Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan ku sendiri.
Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan ku sendiri...



Sunday, 7 April 2013

Salam Perantauan

Da nak menyambung deligasi family,merantau sepanjang masa selagi masa ada.hahahaha.tengok2 tempat orang sama.selagi ada masa,selagi tu la merantau.da tua nanti da x leh tengok da tempat2 orang.masa muda ni la tenaga kuat lagi.tak rugi pun merantau.sambil merantau tu,ambil la ilmu sama.

SALAM PERANTAUAN



Thursday, 4 April 2013

Jujur itu lebih baik,penipuan itu satu jahanam.

Abou naqiu,naqiu caring.tapi naqiu x pandai memujuk.(maaf).dan x faham apa benda tu pujuk2.serious x taw.naqiu seorang yang jujur dalam percintaan.jujur naqiu dalam percintaan ni senang untuk pompuan pijak2 kepala naqiu.(x kisah la).naqiu smoking,sbelum2 ni da pernah berhenti.tapi datang masalah dalam hubungan.wat naqiu smoking lagi kuat.naqiu ni addicted pada kerja,kalau ngah kerja.mmg naqiu akan tumpukan pada kerja.susah nk luangkan masa untuk orang tersayang kalau time kerja.kena tunggu habes kerja la.snang sikit nk message ke,bergayut ke.x suka kalau benda2 remeh diperbesarkan.nampak macam bodoh je(ada pengalaman tentang ni).x suka gak kalau wat naqiu moody.naqiu cepat angin,tapi tahap kesabaran naqiu tinggi.susah nak pendam.dan x pandai nak pukul2 pompuan ni.playgirl???leh angkat kaki lari laju2,pg jauh2 skit.shuuuhhhh2.naqiu suka bila berbincang.ada masalah ,bincang kan lebih elok.senang nk dengar pendapat masing2.senang nk buat keputusan.naqiu x suka berfashion bila ngah addicted ngan keje.ada ke masa nk berfashion bila kerja.kemas tu ok la.bab baju,naqiu suka beli baju branded &butik(ni masalah bila shopping).tapi,naqiu x kan gna duit orang.naqiu akan beli senyap2.so,x de sape2 taw.hahhahahaha.suka beli gadget2 terbaru.x taw nape.beli tapi x pakai.ada iphone.x pakai pun,da macam addicted da bab2 gadget nieh."shopaholic".sekadar beli je.susah bila ngah bawak motor sambil typing.so,skang mmg naqiu pakai yang ada button je.x taw nape,mmg x suka beli blackberry.even  orang bg free pown,naqiu x kan amek blackberry ni.tapi x taw la,mungkin suatu hari nanti,leh je kowt gna blackberry nieh(tentang beli gadget ni senang je nk tinggalkan ).naqiu ada habit yang paling orang x suka.naqiu suka fikir kedepan.mmg ganggu otak2 la jawabnya.tu je kowt.jujur dari hati.x suka menipu2 nieh.selamat malam :)



Ucapan pagi petang siang malam..


SATU HARI nanti awak akan MENANGIS untuk saya seperti saya menangis untuk awak,
SATU HARI nanti awak akan MERINDUI saya seperti saya merindui awak,
SATU HARI nanti awak akan MEMERLUKAN saya seperti saya memerlukan awak,
SATU HARI nanti awak akan MENCINTAI saya TAPI saya tak mungkin mencintai lagi,
Kerana saat itu, Allah tidak lagi mengizinkan saya mencintai awak seperti saat ini...


Sunday, 31 March 2013

Item untuk diletgo.lelong2.

Nak letgo item2 ni sebelum nk cau g tempat keje baru.....pape leh pm n inbox kat facebook - https://www.facebook.com/lovemypiepie?ref=tn_tnmn .lagi senang kol je terus-Naqiu-0173703444.

1). motor 125zr .
-warna biru
-RM3200.00
-no plat WLF xxxx
-Roadtax sampai hujung tahun
-Jualan Urgent.
-Tukar nama seller yang tanggung.


-SOLD-


2).Samsung Galaxy Tab II
-White
-RM650.00
-16gb
-charger
-USB
-Sold-


3).Ipad 2
-silver
-RM1100.00
-64gb 
-charger
-USB
-leh nego tipis lagi
-Sold-


nak letgo secepat yang mungkin.sape cepat dia dapat.Jualan urgent sangat2.

Saturday, 30 March 2013

Ya Allah,Berikanlah aku kekuatan.





"Ya Allah ya tuhanku,berikanlah aku kekuatan untuk segera bagun setelah jatuh dan janganlah kau biarkan aku menjadi seorang yang lemah."

Harini kerja malam pulak,kul 12 jap lagi .hahahaha.so esok sempat la pg kenduri member.harap2 tak jadi pape dalam perjalanan nanti.ok,harini tentang jatuh .tak kisah la pasal awek ke,family ke,kerja ke.jangan mudah putus asa.kuatkan diri,tuhan sentiasa menguji kita semua.kenapa perlu jatuh terus.kuatkan diri,maju kedepan.Alhamdulillah,naqiu pown da ok sekarang nieh.setelah jatuh,da give up.naqiu bangun balik.Dengan adanya seorang sahabat yang membantu naqiu untuk terus bangun.terima kasih untuk awak.hanya tuhan je yang mampu membalas jasa budi awak.Member je leh wat kita tersenyum dan ceria.Thanks to all my friend .Sahabat takkan pernah putus selagi kita masih bersama .Tu je la coretan untuk malam ni.Selamat Malam Semua.



Terhenti Di Sini – Asfan (Lirik)


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Friday, 29 March 2013

Malam ni???

Hahahahah,x de pape entry yang best pun.nk x nak.kena gak ngarang surat luahan hati ni.hahaha,harini letih gila ngan kerja.banyak lak customer hari ni.full house.badan pown macam  cair ngan keletihan.tapi x pe,sok cuti.hahaha.rehat sepanjang hari la jawabnya.then ada jemputan kenduri dari member KL kat sg buloh.hari ahad ni.semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.happy tgk member2 naik pelamin.x macam aq,kena game kan.nk wat cmne.tuhan da tunjukkan segala doa2ku selama ni.hahaha.malas nk fikir sal cinta.ngan memikir masa depan.hanya tuhan yang mampu mengubahnya.kita hanya merancang.so,ngah check2 kerja.tgk cmne bulan 4 ni.dapat kerja kat ganu.kalau dapat,alhamdulillah.da boleh melamar sidia terus(sape2 je yang naqiu berkenan nanti).hahaha.naqiu pown da letih mengarang.tunggu habes keje.then balik tido.aman dunia :)



Thursday, 28 March 2013

Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat.

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.



Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….



SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….



Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….



Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….



Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….



Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..



Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..



Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….



SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..



Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……


Salam Pagi Jumaat

Hari ni kepala migrain,pening yang terlampau.masuk bilik tido.tetiba terjaga kul 2:30AM.oh tuhanku,rasa pening sangat.then,terfikir.on lappy,terus mengarang kat blogg ni.rasa ok sikit.pagi2 buat luahan hati n nasihat.kepada yang kat luar sana.bila belajar,jangan la couple2.blajar je,sampai seru ada la jodoh tu.jangan sambil belajar dok couple lg.macam2 leh berlaku.ada masalah hubungan sikit.stress memanjang.kompem2 salah seorang dipersalahkan.kerja pown sama,cari masa untuk berehat.berjaga selalu x bagus untuk kesihatan.ada kajian.tak tido sepanjang pagikena tido disiang hari selama 2 hari.x bagus untuk otak dan minda. ahaha.selamat beramal



Pernah Bercinta????mesti pernah dapat gift kan....

sape yang pernah couple tu...mesti pernah dapat barang2 gift kan...tak kisah la dapat time anniversary ke..time sambut birthday ke..kenang2an ke..mesti pernah dapat kan..tapi,bila putus,taw apa yang kena buat????fikir la sendiri...tapi bagi naqiu...naqiu pernah dapat baju,baju x leh bakar..x bagus.so,nk bg benda tu x de depan mata...bg je la kat member2...wakakak,jahat gila....kad ucapan tu x de la banyak sgt dapat...tapi naqiu dapat yang special, dapat kad yang besar...da hangus dimakan api da pun...so,setiap hari...naqiu akan lupuskan kenangan sbelum2 ni...bukan apa,bila balik je,ada depan mata...ouhmaigoddd,teringat balik..that why kena lupuskan...pernah gak dengar2 orang tua cakap...bila couple ni,jgn bg hadiah baju..x bagus,hahaha,x taw la maknanya apa..tu pendapat naqiu la,lupuskan barang2 kenangan...walaupun x sampai seminggu clash...naqiu da lupuskan semua....hahahaha,x de la sedih2 macam awal dlu...skarang pun da happy...terima kasih ya ALLAH ...sentiasa bg ujian untuk hambamu ini..supaya kita lebih kenal pasangan kita...hahaha,tu jela....kerja menaip untuk hilang kan stress2 naqiu...masa masih panjang,fikir kedepan....dan terus berjaya,kalau usaha untuk sidia sudah terbaik...mengapa bersedih..masih ada lagi jalan kat depan tu..jalan je lagi...jadi,apa yang terbaik dihapan anda...itulah yang terbaik untuk anda... :) 



"DONT WORRY,BE HAPPY"

10 Cara Melupakan Cinta

assalamualaikum..


Khamis yang indah kn??.stress ngan cinta???
owh tidak bg Naqiu
bnyk lg nak kne buat..

10 cara melupakan cinta :

1)  LUPAKAN AJE..xpayah sibuk2 duk ingat..jd cm naqiu.update blog sampai lupa nk makan minum.hahahaha.
2) SIBUKKAN DIRI..buat assignment tu.. kemas bilik.. cuci baju..blajar..confirm sem ni 4flat..
3) DOA BANYAK2.. ni x..time susah je cari tuhan..time senang ade kau cari???sendiri mau ingt la..
4) BERGELAK KETAWA DENGAN RAKAN2..main game puas2..rakan kan pengubat  kegembiraan..ajak sekali main game.hahahahaha
5)  NANYI KUAT2 DLM BILIK AIR..wahh..vokal bukan sekadar rupa iollss..haha
6) MAKAN..MAKAN..DAN MAKAN..pastikan makn benda yang halal..tapi jangan over dose.
7) JERIT KUAT2.. pg kat bukit depan umah ke.blakang umah ke....g jerit sampai kluar anak tekak.kompem feel...
8) TULIS SURAT PADA DIRI ANDA SENDIRI .. contoh2.. kehadapan saya sendiri..hahaha
9) MASUK BENGKEL WELDING.. G WELDING OTAK TU.. buat ape la fikir bende yang dah lepas?? kalau betul jodoh kau.. xpayah welding2 pun..mmg dah melekat pun.. ADA PAHAM MINACHI??
10)WAT JE KEJE MEMANJANG .. kalau naqiu,kerja je sampai lupa cinta2 ni.mmg best lau wat kerja smpai terlupa.,RASA FEEL JER....HAHAHA...

Wednesday, 27 March 2013

Chicken Caramel BBQ


Assalamualaikum.
Meh belajar memasak.hahahaha,taw je,ada yang da besar panjang tapi tak taw nak memasak kan.Tak kira la laki ke pompuan.leh jer belajar memasak.Belajar tu satu ilmu. :)


Ayam BBQ Berkaramel

Bahan :

ayam (1 1/2 kg kepak ayam)

Bahan kisar halus:
bawang merah ( guna 1 biji bawang holland)
bawang putih (guna 7 ulas bawang putih)
halia (guna 3 inci halia)

Bahan perap:
serbuk ketumbar 
serbuk jintan manis 
serbuk jintan putih 
gula apong @ gula melaka (guna lebih kurg 1 senduk gula merah )
garam
ajinomoto (skip pun boleh)
serbuk lada hitam berperisa ajishio ( tambah)

Cara2 :
1.Perap semua bahan kisar dan bahan perap pada ayam..lumur rata2 dan perap semalaman..perap 4 jam ..
2.Lepas perap bolehla dibakar @ dipanggang guna arang. Boleh grill guna microwave je... tp menurut orang,lebh sedappp bakar guna arang dr guna oven mahpun microwave... masa bakar tu renjis2 la air perapan ayam tu kt ayam td...api kena jage sbb mudah hangus luar n tkut dlm x masak klo gune api besau sgt.. hehe...bila da masak agkat la n bj dimakan gitu saja atau cicah gan soa cili@sos lada hitam @sos bbq @sos pedas dibawah ini...
bakar guna pemanggang ajaib....





Resepi Sos BBQ Pedas


Bahan2 :
7 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan sos tomato
(kisar halus bahan diatas)

1-2 cawan air
garam
gula
bijan yg disangai (kalo suka)

Cara2 :
1. Masukkan bahan kisar n air kedalam saucepan..perasakan dgn garam n gula.rasa n tambah ape yg patut ya....
2. Bila da sesuaikan rasa n sos menggelegak, matikan api. sebatikan tepung jagung dengan air dan curah dlm kuah sos td..kacau rata sampai likat.. tapiskan.. sedia dihidang... tabur bijan jika suka... sos ni rasa pedas, sedikit manis n masam...


TQ..selamat mencuba :-)

Apa Orang Perempuan Kata.....

Aku masuk kerja seperti biasa. Kerja ku sentiasa bertemu 
dengan pelanggan . 
Datang je pelanggan yang hensem-hensem, 
pasti ada customer pompuan  dok kecoh-kecoh... 
Dari pengamatan ku yang sudah hidup selama 21 tahun, 
orang pompuan selalu kata mengenai lelaki yang Handsome dan lelakiTak Hansome..... 





Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler..."
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: "nobody's perfect"
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!"
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "sepadan sangat..."
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada..."
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam"
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen"
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on"
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"

Kenali dan nilai diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain.
 
hmm... Apa pun, terimalah dengan redha dan hati terbuka 
terhadap kekurangan yang ada pada pasangan kita. 

9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan LELAKI

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan' si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Tuesday, 26 March 2013

Selamat Pagi

Selamat pagi,uit2.harini da bangun pagi2 buta lagi.wakakaka.semata2 nk update blog nieh.tengok churpchurp id da ada RM0.40.hahahah,permulaan yang bagus.ihihihihihi.blog view ada 140 orang .dari malaysia 118 orang,dari U.S 9 orang(hahahaha,awek mat salleh la pulok)dari germany 2 orang(macam pelik je orang2 german ni),south korea 2 orang.awek2 kawaii nieh.(bangga sekejap).hahahaha.but the way,harini happy gila2.naqiu berharap hari2 yang akan datang lagi happy.alhamdulillah,syukur nikmat :)




Cinta Tak seharusnya memiliki


Assalamualaikum :)

Ok , sape2 nak tadah besen, baldi, periuk, pegi amek cepat . haha agak2 nak muntah bace tajuk entry tu sila lah . biasela mood memalam ni jiwang sajeeee . hidup org bujang memang gini . hoho ~

Sedikit pengalaman nak share , x banyak tapi berharga . selalu kan kite dengar orang tu becinte dgn orang ni , tapi last2 kawen dengan orang lain . becinta macam orang gila 4-5 tawun , but end up with nothing . xdela aku nak cakap becinta lama-lama ni tak elok *tapi orang tua-tua pon cakap tak elok , cuma berpada-padalah . kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik untuk dia , nak buat macam mana , xde jodoh kan . haa tapi janganlah pulak bila putus cinta meroyannn ! no no no . so, kite kena sedar cinta tu tak semestinya kita miliki :)

Perkara-pekara yang harus dilakukan ketika kehilangan cinta :

1. La Tahzan

Mungkin kita tekejut pada mulanya kita hilang dia , nangis, menjerit, guling-guling, tak nak makan, mata habis bengkak *untuk kes kronik , just remember one thing "Allah sentiasa bersama kita" .. mohon pada Dia , sebab Dia lah tempat terbaik untuk kita mengadu . Insyaallah hati akan tenang , sebab masa ni lah syaitan menghasut kita untuk buat benda yang bukan2 . sebab tu banyak kes minum racun, terjun bangunan, bunuh diri, makan pil overdose . Berbaliklah pada Dia .

2. Bersabar

Kita tak tawu apa hikmah disebalik benda yang jadi , bak kate omputeh " everything happens for a reason ". tuhan memang dah tentukan pasangan terbaik untuk kita . bersabar . mungkin Allah nak beri yang lebih baik dari apa yang kita ade sebelum ni cuma belum masanya lagi . Trust me .

3. Padam memori

Eh2 ! jangan pulak gi padam semua benda dalam simcard tu . padam memori dalam otak yang bermaksud , cuba kite lupakan segala kenangan yang pernah kita ade mase dengan dia . forsure semua sweet2 kan . jangan ingat lagi . . nampak susah , but ur effort will be worth !

4. Pandang kehadapan

Ok , cube korang pikir, dalam dunia ni punye banyak perempuan, kenapa mesti nak bersedih sebab dia je ??! hey , come on la , awk tu handsome, kacak , confirm beratur tunggu nak masuk line taw . tapi pada aku la kan , ape kate , kita focus dulu dengan pelajaran . nanti agak2 dah keje datang jodoh tu, "err awak kalau na ngorat saye , cakap je.nanti saya ke kaunter ibu dan bapa awak " terus kawen je senang . tak payah couple lame2 . cinta xboleh bagi kita makan tutti fruity dek oii !

5. Terus berjalan

Dalam hidup ni memang kita harap dapat lalu jalan yang senang n lurus . tapi x semestinya ape yang kite nak kite dapat . so, no matter happens and how tough is life , keep walking !

No love , no cry !

I`ll keep my promise

Alhamdulillah,masih lagi dapat luahkan perasaan.cinta???mgkin belum masanya kowt.need to take my time to recover my heart.Cuma ambil masa yang lama sikit untuk berubah n merubah diri naqiu dari semua aspek.Insyallah,andai ada jodoh nanti.....i`ll keep my promise dan akan menyayangi seorang insan yang bakal hadir dalam hidup naqiu.Until Jannah.alhamdulillah,I WILL.....cinta lama???mungkin tiada ungkapan untuk cerita2 cinta lama :)




Masa Depan Nanti

rasa bersemangat . harap2 dapat kerja kat pelantar minyak kat Terengganu .that`s my life.fikirkan kerjaya dan fikirkan masa depan.Andai dapat kerja tu,insyallah hantar mak ngan ayah pergi umrah dan haji.itulah cita2 seumur hidup naqiu.dan ada lagi untuk yang teristimewa dalam hidup naqiu...............


Mak dan Ayah= hantar pergi umrah dan haji. 






  • Beli rumah untuk persediaan masa hadapan


  • Beli kereta Suzuki Swift :)  



Oh sweetnya :) for my future wife :)

Rasa Semakin OK!!

Semakin hari,hati da semakin ok....even dipermainkan...perasaan digadaikan seseorang....tapi tak pe.....semua tu dugaan.....semoga tuhan sentiasa jadikan naqiu seorang yang penyabar :)





Antara semalam,hari ini dan esok

Hari ni ???? mungkin da reda kot sal cinta2 ni.da malas nak fikir.bukan apa,sakit hati.wat masa sekarang.nk tumpukan pada kerjaya.insyallah nanti nak tukar kerja.doa2kan semoga dapat.leh da nk prepare untuk terus meminang dan khahwin :)
insyallah,semoga tuhan sentiasa memberikan kesabaran kepada saya.dan semoga mendapat rahmat untuk berjumpa yang teristimewa....




Doa kan semoga saya berjaya :"(


Sunday, 24 March 2013

Maafkan Aku lirik


Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku


Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai


Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu


Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..



Sweet sangat2 lagu ni.

Realiti Dan Bukan Fantasi

25/03/2013

Inilah kita bila bercinta,walaupun susah nk lupakan.kita tetap kena akur.andai ada jodoh,ada la tu.kita kena INGAT
smua tu tuhan tentukan.


Permainan Hidup Seorang perempuan

24/03/2013






Hari ni baru dapat tahu,semuanya dah berakhir.semoga naqiu sentiasa berada disisi orang2 yang bersabar dan yang telah dipermainkan.